GODOONG adalah nama salah seorang daripada 8 orang adik beradik. Iaitu GODOONG, KERIMPUT, GULAK, DANSUN, GAPAYA @ MARIAM, SIRO @ KERIGOI, GIMPIT dan SAMBATA. Keluarga GODOONG ini berasal dari Bundu Tuhan, Ranau.
Menurut yang diceritakan oleh warga emas keluarga ini, rumah pertama keluarga ini terletak di kawasan Masjid di Bundu Tuhan. Seperti yang diceritakan, rumah yang diduduki tersebut merupakan rumah panjang yang dihuni oleh beberapa keluarga.
Kerana perubahan masa dan pemodenan, keluarga besar yang berkumpul dalam sebuah rumah panjang tersebut secara beransur-ansur memilih untuk berhijrah dan memulakan kehidupan sendiri. Sebahagiannya ada yang berhijrah ke kampung berhampiran seperti Kg. Himbaan, Kg. Kabu, ada yang berhijrah ke kawasan pekan Ranau, seperti di Kg. Kimolohing, Kg. Kinaratuan, Kg. Lohan dan sebagainya. Ada yang meneroka kawasan baru dan menetap di kawasan tersebut.
Pada awal penghijrahan keluarga ini, ada ketikanya mereka akan kembali ke Kg. Bundu Tuhan untuk menziarah keluarga yang masih tinggal di sana seperti masa “moginakan”. Moginakan ini bermaksud membuat pesta keramaian seperti “kaamatan” dan jika ada keluarga yang sakit atau meninggal dunia.
Disebabkan jarak perjalanan di awal 50an sangat sukar menyebabkan ada dikalangan keluarga yang telah berhijrah ini tidak lagi sanggup untuk kembali ke Bundu Tuhan. Akhirnya, tinggallah beberapa orang sahaja di kalangan generasi ini yang masih menetap di Bundu Tuhan. Masa tetap berubah. Pemodenan telah berlaku. Tetapi generasi GODOONG ini tetap berkembang dan tidak lagi dapat dikesan. Akhirnya, keluarga GODOONG ini telah terpisah jauh dan tidak lagi kenal mengenal antara satu dengan yang lain walaupun kekadang bertemu di mana-mana.
Bagi golongan yang ketika ini sudah berusia 60an hingga 80an, mereka masih kenal-mengenal. Mereka juga memberitahu kepada anak cucunya bahawa “si anu dan si anu adalah keluarga kita” , tetapi bagi anak-anak dan cucu-cucu mereka tidak lagi kenal siapa “si anu” yang dimaksudkan. Anak cucu ini sekadar hanya mengiyakan hanya sekadar tidak mahu menyinggung perasaan orang tua mereka.
Jauh di sudut hati bagi golongan warga emas GODOONG ini ingin melihat betapa cantik dan indahnya keluarga GODOONG ini jika bersatu dan bertaut semula seperti di awal 30an dan 40an. Demikian juga bagi generasi GODOONG yang berada di generasi ke-4 dan ke-5 yang mempunyai pandangan dan pendapat yang sama.
Hasrat ini jelas bila ada ketika mereka yang saling berkenalan bertemu secara tidak sengaja cuba membincangkan untuk menyatukan keluarga ini walaupun sekali dalam setahun.
Demikianlah hasrat bapa Kissi Girok yang tidak kesampaian sehinggalah beliau tidak sempat melihat penyatuan keluarga ini apabila beliau meninggal dunia pada 2008. Ada generasi GODOONG yang merasakan kekecewaan bapa Kissi Girok ini dan cuba untuk memulakan pertemuan keluarga ini biarpun hanya bermula dengan kelompok yang kecil bermula dari keluarga GODOONG iaitu dari keluarga Karto Godoong , Wasirah Godoong dan Lumboi Godoong.
Usaha kecil telah dibuat oleh Encik Saperdin Saan, Encik Suhaili Samitah, Puan Mieam Kabbas, Puan Naimah Darum, Encik Fabianus Kissi, Cik Agnes Lintanga, Puan Cornelia Lintanga, Puan Sobina Boisi, Puan Florance Suah, seluruh keluarga Kissi Girok, Patiah Girok, Boisi Girok dan Gangot Girok utuk menjejaki keluarga dan akhirnya rangkaian keluarga GODOONG yang dicari selama ini 70% telah dijejaki.
Akhirnya, pada 20.12.2008 Bapa Saan Karto telah menjemput keluarga bertemu di rumahnya di Kg. Himbaan, Ranau untuk memulakan pencarian susur galur keluarga ini. Kehadiran keluarga walaupun tidak menggalakkan tetapi cukup untuk memulakan usaha penyatuan ini.
Dipertemuan ini, mesyuarat pertama telah dibuat untuk membentuk AJK Keluarga Godoong yang dipengerusikan sementara oleh Encik Anuar Samitah dan Setiausaha Encik Sanizan Kasiran.
Dalam mesyuarat itu pemilihan AJK Kelurga Godoong telah dibuat. AJK tertinggi yang dilantik, yang ketika itu tidak hadir dalam pertemuan telah diberikan kepercayaan untuk memimpin keluarga ini dihubungi terus melalui telefon dan mereka telah bersetuju untuk memimpin keluarga besar ini. Mereka ialah Encik Jaimin Samitah (Pengerusi); Encik Jerome Kissi (Timbalan Pengerusi I) dan Encik Walter Lintanga (Timbalan Pengerusi II), Encik Anuar Samitah (Setiausaha I), Encik Sanizan Kasiran (Setiausaha II) dan Encik Saperdin Saan (Bendahari) dan seramai 21 orang AJK.
Selepas perlantikan AJK keluarga GODOONG ini, mesyuarat pertama telah dibuat pada 01.05.2009 dan telah menguatkan lagi hasrat untuk menyatukan keluarga besar ini.
Meminjam kata-kata Encik Albert Lintanga pada mesyuarat keluarga pada 15.08.2009, keluarga GODOONG ini bukan hanya dari keturunan Dusun tetapi sudah menjadi keluarga campuran. Ada yang berbangsa asalnya dari Indonesia, Melayu dari Semenanjung, Cina dan berbagai lagi. Maknanya keluarga GODOONG ini sudah diantarabangsakan.
Menurut Encik Albert Lintanga, penyatuan ini bukan sahaja perlu tetapi usaha demi usaha untuk menjejaki keluarga besar ini harus diteruskan walaupun sebenarnya usaha untuk menjejak bukannya kerja yang mudah dan memerlukan masa yang panjang.
Objektif utama Keluarga Godoong :-
1. Menjejaki keluarga yang terpisah dan tidak dikenal.
2. Merapatkan lagi hubungan antara keluarga.
3. Membuat pertemuan keluarga besar sekali dalam setahun.
4. Saling memaklumkan di kalangan keluarga apabila terjadi musibah atau kematian di kalangan mana-mana keluarga.
5. Saling memaklumkan di kalangan keluarga apabila mana-mana keluarga yang mengadakan acara seperti pertunangan, perkahwinan dan perayaan seperti hari raya, krismas dan tahun baru.
6. Membuat tabung keluarga untuk membantu mana-mana keluarga ketika ditimpa musibah atau bencana dan agar tidak mengharapkan bantuan dari kerajaan.
7. Meningkatkan taraf sosio ekonomi di kalangan keluarga GODOONG.

7 ulasan:
Hahahahahahaha....pengomen pertama
terima kasih
Bukan saya ada ka time meeting di Kibas.. knp x gmbr.. Hehe
Mungkin ada tapi barangkali juru gambar tidak ter snap muka kamu.
Sory,tmpang tanya,masih ada sesiapa yg tinggal di kg kinaratuan tak?
Mari ulang balik hari keluarga
Seorang lagi bernama Lanfoi (perempuan) tiada dalam senarai adik beradik Godoong.
Post a Comment
SILA BERI KOMEN DAN IDEA